Wednesday, 13 June 2012

Bersyukur

Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur dengan segala nikmat, musibah, kebaikan dan pengalaman hidup yang aku tempuhi setiap hari. Semakin hari terasa semakin jauh denganNya. Terasa sebak dan beratnya memikul perasaan ini.
Ya Allah, janganlah kau butakan penglihatanku, pekakkan pendengaranku dan gelapkan hatiku. Sesungguhnya hambamu ini sangat kerdil.
Dek kerana mengejar sesuatu yang aku tidak pasti, aku menjadi semakin dan semain jauh denganNya. Alhamdulillah, setiap luahan kita pasti akan didengari oleh orang orang yang menyanyangi kita. Syukur ke hadrat Ilahi, luahan aku yang penuh dengan perasaan bersalah ini didengari oleh adik bongsuku.
Teguran dan nasihat walaupon datang dari seorang remaja yang berusia 17 tahun, membuatkan jiwaku meruntun dan luluh. Allah masih sayangkan aku. Anggaplah segala masalah dan musibah yang diujinya adalah kerana menyanyangi hambanya ini.

#jika kita yakin Tuhan memberi jalan keluar kepada org yang ikhlas berhijrah meninggalkan kemungkaran, InsyaAllah, dia akan memberikan jalan keluar.
Sesungguhnya, setiap apa yang kita lakukan, niatlah kerana Allah. InsyaAllah, hidup anda akan diberkati.

No comments:

Post a Comment